#USAHAWAN 6 : TUAN HAJI MOHD. TAMIN (INTEGRITI DAN KEBOLEHPERCAYAAN)


     CIRI USAHAWAN   : INTEGRITY AND RELIABILITY (INTEGRITI DAN
                                       KEBOLEHPERCAYAAN)

USAHAWAN           : TUAN HAJI MOHD. TAMIN


 

Nama beliau ialah Tuan Haji Mohd. Tamin. Beliau merupakan pengasas Kicap TAMIN yang terkenal di Malaysia malah produk keluarannya telah berjaya menembusi pasaran luar negara. Pada tahun 1951, Tuan Haji Mohd. Tamin berjaya menemui ramuan untuk menghasilkan kicap TAMIN. Ia bermula sebagai produksi kecil-kecilan di Batu Gajah, Perak. Tuan Haji Mohd. Tamin memulakan perniagaan beliau dengan hanya bermodalkan RM10 tetapi semangat dan azam yang tinggi berjaya menghasilkan kira-kira 700 botol kicap sehari dengan bantuan ahli-ahli keluarga beliau. Walaupun dengan kapasiti pengeluaran yang kecil, kebersihan, kualiti dan rasa sos tidak diabaikan.




INTEGRITY AND RELIABILITY (INTEGRITI DAN KEBOLEHPERCAYAAN)


Ciri yang boleh dikaitkan dengan usahawan ini ialah integriti dan kebolehpercayaan. Hal ini boleh dibuktikan apabila proses pemilihan dan campuran ramuan seperti kacang soya, tepung gandum dan sebagainya dilakukan dengan teliti untuk memastikan kualiti kicap yang terjamin. Beliau amat menitikberatkan kebersihan demi menjaga nama produknya dan memberi kepercayaan yang tinggi kepada pelanggan.  
 
Kicap ini mula dikenali di kalangan suri rumahtangga dan komuniti sekitar kampung. Golongan muda dari kampung yang berhijrah ke kawasan bandar membawa bersama Kicap TAMIN dan secara tidak langsung mereka inilah yang memperkenalkan kicap yang enak dan menyelerakan ini kepada penduduk di bandar. Demi memenuhi permintaan yang semakin meningkat, Tuan Haji Mohd. Tamin mengambil langkah meningkatkan pengeluaran 3,500 botol sehari.   

Oleh itu, ramai pelanggan yang amat menggemari produk yang diasaskan oleh beliau kerana sifat integriti dan kebolehpercayaan yang ditonjolkaan oleh Tuan Haji Mohd Tamin.