#USAHAWAN 2 : YBHG. DATO’ HAJI AMEER ALI BIN MYDIN (KECEKAPAN MASA)


           CIRI USAHAWAN : TIME COMPETENCE (KECEKAPAN MASA)
USAHAWAN         : YBHG. DATO’ HAJI AMEER ALI BIN MYDIN

 

 
Nama diberi ialah YBhg. Dato’ Haji Ameer Ali Bin Mydin. Beliau dilahirkan pada 4 Jun 1956 di Kota Bharu, Kelantan. Beliau merupakan anak kedua Mydin Mohamed Bin Ghulam Hussein. Beliau juga telah dianugerahkan pelbagai anugerah, contohnya Anugerah Kepimpinan Tanggungjawab Sosial Korporat 2012 oleh Pertubuhan Usahawan Muda Malaysia. Beliau melanjutkan pengajiannya di Universiti Sonoma State, California dalam bidang Sarjana Perniagaan Antarabangsa. Selepas itu, beliau pernah berkerja di Arab Malaysian Merchant Bank sebelum mengambil alih perniagaan keluarganya. Beliau merupakan salah seorang anak didik Tan Sri Azman Bin Hashim iaitu pengerusi Ambank Group. Kini, beliau menjawat sebagai Pengarah Urusan di Mydin Mohamed Holding Bhd.


TIME COMPETENCE (KECEKAPAN MASA)
 
Dato’ Haji Ameer Ali seorang yang sangat mementingkan kecekapan masa. Itu adalah salah satu ciri-ciri yang ada pada dirinya yang dibawa sehingga berjaya. Beliau telah mengambil alih perniagaan keluarganya iaitu Mydin Mohamed Holding Berhad yang ditubuhkan oleh ayahnya, Mydin Mohamed Bin Ghulam Hussein. Kecekapan masa menjadi prinsip utama bagi pekerja-pekerjanya, contohnya “Jika anda tiba tepat pada waktunya, anda adalah lewat”. Beliau sentiasa mengisi masanya dengan aktiviti supaya tiada pembaziran masa. Contohnya beliau akan menolong ayahnya di kedai selepas balik sekolah.

Setelah Dato’ Haji Ameer Ali menyertai perniagaan ayahnya, Mydin berkembang dengan lebih pesat di Semanjung Malaysia sehingga kini mempunyai lebih daripada 90 buah kedai termasuk pasaraya dan emporium. Beliau telah melancarkan program Transformasi Kedai Runcit di mana program itu akan memodenkan kedai runcit tradisi. Beliau juga seorang yang berjimat cermat dan mengamalkan kesederhanaan. Beliau sentiasa memberi motivasi kepada pihak lain untuk berjaya dalam kehidupan kerana beliau tidak terus bekerja dengan perniagaan keluarganya tetapi beliau bekerja dan mengambil pengalaman dahulu di Arab Malaysian Merchant Bank, di mana beliau bermula daripada bawah untuk berjaya tanpa mengharapkan pertolongan orang lain.