#USAHAWAN 3 : FAIZA BAWUMI SAYED AHMAD (TEGAS)


          CIRI USAHAWAN   : DECISIVE (TEGAS)
USAHAWAN          : FAIZA BAWUMI SAYED AHMAD

 

Nama beliau ialah Faiza Bawumi Sayed Ahmad dan berasal dari Mesir. Beliau lahir pada tahun 1952. Beliau mula berhijrah ke Malaysia pada tahun 1964 kerana mengikuti suaminya dan mempunyai tujuh cahaya mata. Beliau pernah menjadi juruwang di kedai ayahnya dan pengalaman tersebut mendorong beliau untuk berkecimpung dalam bidang perniagaan. Beliau telah melanjutkan pelajarannya dalam bidang jahitan. Selepas berkahwin, beliau telah mencuba beberapa perniagaan antaranya ialah mengambil upah menjahit sulaman, menjual barangan dapur, menjual set ensiklopedia, menjual pinggan mangkuk, menghasilkan rempah kari dan akhirnya terlibat dalam perniagaan beras. Kini, beliau merupakan pemilik syarikat pemborong beras Syarikat Faiza Sdn Bhd dan memegang jawatan sebagai Pengarah Urusan.

 
DECISIVE (TEGAS)
 
Faiza Bawumi Sayed Ahmad memiliki perwatakan yang lembut tetapi beliau seorang yang tegas. Beliau sentiasa memastikan syarikat beliau sentiasa berada di landasan yang betul dan menetapkan matlamat untuk mendapatkan keuntungan pada setiap tahun. Beliau seorang yang aktif kerana beliau akan mengisi setiap waktu terluangnya dengan aktiviti. Setelah berhijrah ke Malaysia, beliau mengambil upahan menjahit pakaian sebelum menghasilkan rempah di bawah jenama Paya Bunga.

 Beliau mula membuka perniagaan memborong beras apabila beliau mendapati kebanyakan jenis beras dibekalkan oleh kaum lain. Beliau bersungguh-sungguh untuk mendapatkan lesen pemborong beras kerana wawasannya ialah ingin penduduk Islam mendapatkan beras yang bermutu tinggi dan halal tanpa was-was. Beliau memberi pelanggan-pelanggannya merasai beras tersebut supaya dapat maklum balas yang positif. Kini, produk beliau dikenali kerana produk yang seratus peratus buatan Islam dan sememangnya halal dan berkualiti tinggi. Faiza Bawumi berazam untuk menjadi seorang pembayar zakat yang paling besar di Malaysia kerana ingin menolong orang yang tidak berkemampuan dengan usaha beliau yang gigih. Beliau seorang yang tegas dengan pekerja-pekerjanya bagi menjalankan perniagaan dengan berjaya.