#USAHAWAN 1 : DATO ALIFF SYUKRI KAMARZAMAN (INISIATIF)


            CIRI USAHAWAN : INITIATIVE (INISIATIF)
 USAHAWAN         : DATO ALIFF SYUKRI KAMARZAMAN


 
 

Nama beliau ialah Dato Aliff Syukri Kamarzaman. Beliau merupakan pengasas produk D’Herbs iaitu produk kosmetik yang semakin melonjak naik popularitinya dengan tagline “Terlajak Laris”. Beliau dilahirkan pada 3 April 1987 di Felda Kachau Kuala Lipis, Pahang. Beliau berpindah dan  bersekolah di Sekolah Kebangsaan Sungai Besar, Selangor. Kemudian beliau bersekolah di Sekolah Menengah Telok Gadong, Klang. Seterusnya beliau bersekolah di Sekolah Pondok Pasir Tumbuh Kelantan. Selepas itu , beliau melanjutkan pelajaran hingga tingkatan 5 di Sekolah Integrasi As-Syakirin, Shah Alam dan seterusnya menyambung di Taylor College. Hobi beliau ialah memasak dan menghias. Beliau sudah berkahwin dan mempunyai cahaya mata.

 

INITIATIVE (INISIATIF)

Dato Aliff Syukri Kamarzaman mempunyai azam yang kuat untuk berjaya dan beliau memotivasikan diri beliau dengan kata-kata seperti beliau ingin berjaya dan enggan duduk di kepompong yang sama sahaja. Beliau memulakan perniagaan secara kecil-kecilan sehinggalah sekarang sudah berkembang luas. Beliau mempunyai inisiatif untuk berjaya dengan melakukan pelbagai aktiviti untuk memulakan perniagaan.

Beliau memulakan perniagaan dengan memperkenalkan dan menjual kepada kawan-kawan di pejabat. Seterusnya, beliau membuka gerai secara kecil-kecilan di Pasar Tani pada setiap minggu. Beliau mengambil inisiatif untuk mencuba berniaga di tempat-tempat yang lain pula untuk mengembangkan lagi perniagaan beliau. Beliau bercadang untuk membuka kedai dengan memohon pinjaman dari pihak bank tetapi semua kertas kerja beliau tidak diterima malah beliau diherdik dan dimaki.

Namun Dato Aliff Syukri tidak pernah putus asa. Beliau mengambil insiatif dan tanggungjawab untuk menghubungi pelanggan-pelanggan setia beliau dan menerangkan satu persatu yang ada dalam kertas kerjanya untuk membuat satu jenama. Dengan penerangan yang cukup memberangsangkan dan dipercayai, beliau berjaya untuk menarik minat pelanggan-pelanggan tersebut dan mereka meminjamkan duit mereka sebagai pelaburan. Dari situ, perniagaan beliau berjaya dikembangkan dengan menggabungkan hasil yang dikumpul daripada perniagaan beliau di Pasar Seni. Kini atas hasil inisiatif beliau, D’Herbs sudah dikenali ramai bukan sahaja di Malaysia tetapi di Singapura dan Brunei.