PROFIL USAHAWAN BERJAYA SERTA LIMA CIRI KEUSAHAWANAN

 




USAHAWAN           : DATUK YUSUF TAIYOOB

CIRI USAHAWAN   :  1) FORESIGHT (BERPANDANGAN JAUH)

                                   2) ABILITY TO LEARN FROM MISTAKES
                                       (BELAJAR DARIPADA KESILAPAN)

   3) INITIATIVE (INISIATIF)

   4) DECISIVE (TEGAS)

   5) INTEGRITY AND RELIABILITY
       (INTEGRITI DAN KEBOLEHPERCAYAAN)

 
 
BIODATA RINGKAS USAHAWAN
Nama : Datuk Yusuf Taiyoob
Asal : Georgetown, Pulau Pinang
Umur : 53 tahun
Jenis perniagaan : Kurma, makanan dalam tin, rempah, makanan kering dan jus buah-buahan
 

Datuk Yusuf Taiyoob  ialah seorang yang berpandangan jauh. Kesungguhan beliau untuk berjaya dalam bidang perniagaan dipenuhi cabaran demi cabaran. Beliau bermula dengan perniagaan minyak wangi yang mendapat penerimaan yang memberangsangkan sebelum menukar bentuk perniagaan kepada mengimport makanan secara kecil-kecilan akibat perniagaan minyak wangi jatuh merudum.

 Belajar daripada kesilapan dan kegagalan dalam perniagaan sebelum ini, beliau telah menjalankan perniagaan kurma. Beliau mengambil inisiatif untuk berurusan dengan pengeksport kurma dari luar negara untuk membawa masuk kurma ke dalam pasaran Malaysia. Secara perlahan dan berperingkat, perniagaannya semakin maju dari satu perniagaan yang kecil menjadi perniagaan yang terkenal di Malaysia malah di luar negara.

Beliau tegas dalam setiap kuputusan perniagaan yang diambil dan ini telah mendorong pekerja-pekerjanya memberikan komitmen yang tinggi dalam pengurusan syarikat. Beliau juga memiliki ciri integriti dan kebolehpercayaan. Hal ini boleh dibuktikan apabila proses pemilihan dan pembahagian jenis-jenis kurma dan pembungkusannya dilakukan dengan teliti untuk memastikan kualiti kurma yang terjamin. Beliau amat menitikberatkan kebersihan demi menjaga nama produknya dan memberi kepercayaan yang tinggi kepada pelanggan.
 
 

 

#USAHAWAN 7 : KOLONEL HARLAND DAVID SANDERS (BELAJAR DARIPADA KESILAPAN)



     CIRI USAHAWAN   : ABILITY TO LEARN FROM MISTAKES
                                       (BELAJAR DARIPADA KESILAPAN)
           USAHAWAN           : KOLONEL HARLAND DAVID SANDERS



 

Nama beliau ialah Kolonel Harland David Sanders dan dilahirkan pada 9 September 1890. Beliau adalah seorang ahli perniagaan Amerika, paling dikenali untuk pengasas Kentucky Fried Chicken ( KFC ), dan kemudiannya bertindak sebagai duta muhibah syarikat dan simbol. Sanders memegang beberapa pekerjaan di awal kehidupannya. Contohnya seperti ahli bomba dan jurujual insurans. Beliau mula menjual ayam goreng dari restoran tepi jalan di Corbin, Kentucky. Sanders mengenalpasti potensi konsep restoran francais, dan francais KFC yang pertama dibuka di Utah pada tahun 1952. Perkembangan pesat syarikat di seluruh Amerika Syarikat dan di luar negara membolehkan ia mengatasi beliau, dan pada tahun 1964 beliau menjual syarikat itu kepada sekumpulan pelabur yang diketuai oleh John Y. Brown , Jr dan Jack C. Massey untuk $ 2 juta.

  

ABILITY TO LEARN FROM MISTAKES (BELAJAR DARIPADA KESILAPAN)

Antara ciri yang boleh dikaitkan dengan usahawan ini ialah belajar daripada kesilapan. Pada awalnya produk yang dihasilkan oleh usahawan ini tidak diterima ramai kerana tidak semua suka dengan ayam goreng. Usahawan ini mengambil kritikan daripada orang ramai sebagai motivasi untuk diri sendiri. Beliau tidak berputus asa, sebaliknya belajar daripada kesilapannya yang terdahulu. Ada yang mengatakan bahawa kejayaan beliau adalah apabila produk ayam gorengnya diterima selepas 1000 kali percubaan yang dibuat beliau.

Selepas resipinya ditolak banyak kali, beliau cuba untuk mempelbagaikan rempah yang digunakan untuk ayam itu dan mencipta produk yang sesuai dengan semua lapisan masyarakat. Usahawan ini amat cekal sehingga produknya diterima orang ramai pada usianya menjangkau 60an. Prinsip belajar daripada kesilapan patut ada pada diri semua usahawan pada hari ini kerana daripada kesilapan, seseorang mampu membuka peluang-peluang baru untuk diterokai.

 

#USAHAWAN 6 : TUAN HAJI MOHD. TAMIN (INTEGRITI DAN KEBOLEHPERCAYAAN)


     CIRI USAHAWAN   : INTEGRITY AND RELIABILITY (INTEGRITI DAN
                                       KEBOLEHPERCAYAAN)

USAHAWAN           : TUAN HAJI MOHD. TAMIN


 

Nama beliau ialah Tuan Haji Mohd. Tamin. Beliau merupakan pengasas Kicap TAMIN yang terkenal di Malaysia malah produk keluarannya telah berjaya menembusi pasaran luar negara. Pada tahun 1951, Tuan Haji Mohd. Tamin berjaya menemui ramuan untuk menghasilkan kicap TAMIN. Ia bermula sebagai produksi kecil-kecilan di Batu Gajah, Perak. Tuan Haji Mohd. Tamin memulakan perniagaan beliau dengan hanya bermodalkan RM10 tetapi semangat dan azam yang tinggi berjaya menghasilkan kira-kira 700 botol kicap sehari dengan bantuan ahli-ahli keluarga beliau. Walaupun dengan kapasiti pengeluaran yang kecil, kebersihan, kualiti dan rasa sos tidak diabaikan.




INTEGRITY AND RELIABILITY (INTEGRITI DAN KEBOLEHPERCAYAAN)


Ciri yang boleh dikaitkan dengan usahawan ini ialah integriti dan kebolehpercayaan. Hal ini boleh dibuktikan apabila proses pemilihan dan campuran ramuan seperti kacang soya, tepung gandum dan sebagainya dilakukan dengan teliti untuk memastikan kualiti kicap yang terjamin. Beliau amat menitikberatkan kebersihan demi menjaga nama produknya dan memberi kepercayaan yang tinggi kepada pelanggan.  
 
Kicap ini mula dikenali di kalangan suri rumahtangga dan komuniti sekitar kampung. Golongan muda dari kampung yang berhijrah ke kawasan bandar membawa bersama Kicap TAMIN dan secara tidak langsung mereka inilah yang memperkenalkan kicap yang enak dan menyelerakan ini kepada penduduk di bandar. Demi memenuhi permintaan yang semakin meningkat, Tuan Haji Mohd. Tamin mengambil langkah meningkatkan pengeluaran 3,500 botol sehari.   

Oleh itu, ramai pelanggan yang amat menggemari produk yang diasaskan oleh beliau kerana sifat integriti dan kebolehpercayaan yang ditonjolkaan oleh Tuan Haji Mohd Tamin.
 
 

#USAHAWAN 5 : TAN SRI SYED MOKHTAR ALBUKHARY (SERBA BOLEH)


     CIRI USAHAWAN   : VERSATILITY (SERBA BOLEH)
USAHAWAN           : TAN SRI SYED MOKHTAR ALBUKHARY





Nama beliau ialah Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary dan berasal dari Alor Setar, Kedah. Beliau berkahwin dengan Puan Sri Sharifah Zarah Albukhary dan mempunyai empat cahaya mata. Walaupun hanya berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), beliau ialah orang ketujuh terkaya di Malaysia dan ke-32 terkaya di Asia Tenggara (Forbes). Kekayaannya telah mencecah RM1,425 juta dan memiliki beberapa syarikat antaranya ialah MMC, Pelabuhan Tg. Pelepas, BERNAS, Gardenia, DRB-HICOM dan Bank Muamalat. Beliau yang juga merupakan pemilik Yayasan al-Bukhary terlibat dalam perniagaan berasaskan perladangan, pembinaan, kejuruteraan, infrastruktur dan pelabuhan.

 

VERSATILITY (SERBA BOLEH)


Beliau memulakan perniagaannya sebagai seorang pengusaha daging pada tahun 1970. Pada tahun 80-an, Syed Mokhtar telah beralih ke bidang pengangkutan yang telah membawa tuah kepadanya sehingga menjadi seorang antara tokoh korporat bumiputera yang terkaya di Malaysia. Karier perniagaannya mula dikenali pada awal 90-an di Johor semasa Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi Menteri Besar. Beliau yang amat meminati bidang pengurusan dan pembangunan pelabuhan adalah salah seorang manusia yang bertanggungjawab menjadikan Pelabuhan Tanjung Pelepas, Johor menjadi terkenal di mata dunia dalam tempoh yang sebentar.

Tidak lama kemudian, Syed Mokhtar telah mengasaskan Yayasan (Islam) Al-Bukhary yang telah membina dan menguruskan Muzium Kesenian Islam bernilai RM70 juta di Kuala Lumpur selain banyak menjalankan kerja-kerja amal dan kebajikan terutamanya sekitar Negeri Kedah dan Perak. Syed Mokhtar juga merupakan pemilik kepada Syarikat Gulf International Investment Group Capital (GIIG) yang mempunyai kepentingan dalam Projek Hidro Elektrik Bakun. Di samping itu, beliau mempunyai kepentingan dalam beberapa buah firma terkenal Malaysia seperti Malaysia Mining Corporation Berhad (MMC), PERNAS, Padiberas Nasional Berhad, Malakoff Berhad, Seaport Terminal Johor Sdn. Bhd., Johor Port Berhad, Impian Teladan Sdn. Bhd., Indra Cita Sdn. Bhd. dan banyak lagi.

Sepanjang kariernya, beliau mampu untuk menceburi pelbagai bidang pekerjaan yang memerlukan pengalaman dan kemahiran yang tinggi. Beliau telah membuktikan bahawa tahap pendidikan yang rendah tidak menghalang beliau untuk mencapai kejayaan. Seseorang memerlukan kesungguhan dan kemahiran untuk berjaya mencapai matlamat yang diidamkan.

 

#USAHAWAN 4 : DATUK YUSUF TAIYOOB (BERPANDANGAN JAUH)



      CIRI USAHAWAN   : FORESIGHT (BERPANDANGAN JAUH)

USAHAWAN           : DATUK YUSUF TAIYOOB

 



Nama beliau ialah Yusuf Taiyoob dan berasal dari Georgetown, Pulau Pinang. Beliau berkahwin dengan Datin Yusnita Ramli dan mempunyai tiga cahaya mata. Usahawan yang terkenal dengan perniagaan kurma ini berumur 53 tahun dan merupakan anak sulung daripada empat orang adik-beradik. Beliau kini memiliki syarikat kepunyaan sendiri iaitu Yusuf Taiyoob Sdn Bhd dan merupakan Pengarah Urusan syarikat tersebut. Nama beliau memang tidak asing lagi di negara ini kerana sering dikaitkan dengan kurma, apatah lagi jika disebut nama seperti Safia, Wasem, Safina, Amina, Ajmal, Ajwa dan Kurma Madu Yuta. Oleh itu tidak keterlaluan beliau layak digelar ‘Raja Kurma Malaysia’, malah anak sulung daripada empat beradik itu turut mengakui Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas, pernah memanggilnya dengan gelaran ‘Datuk Kurma’.

 

FORESIGHT (BERPANDANGAN JAUH)


Kepayahan dan keperitan yang dialami beliau untuk berjaya dalam bidang perniagaan bermula ketika berumur 21 tahun di mana beliau mula menceburi bidang penjualan minyak wangi di Lapangan Terbang Bayan Lepas. Pada peringkat awal, perniagaan tersebut sangat memberangsangkan sehinggalah pada suatu hari beliau telah jatuh sakit akibat tekanan yang dihadapi kerana penjualan yang merudum teruk.

Selepas beliau gagal dalam perniagaan minyak wangi, beliau mencuba pelbagai perniagaan lain, termasuk mengedar produk bunga safron, biji gajus, makanan kering dan rempah. Akhirnya, beliau nekad untuk menukar bentuk perniagaannya dengan mengimport makanan termasuk kurma secara kecil-kecilan. Beliau seorang yang berpandangan jauh terhadap kemajuan perniagaannya untuk mengembangkan produk-produknya sehingga ke luar negara. Walaupun menyedari wujud persaingan pada waktu memulakan perniagaan kurma pada 1990, beliau percaya sudah ada pelanggan tetap, selain harga berpatutan dengan jaminan produk berkualiti Lama-kelamaan, usahanya berhasil apabila perniagaannya berkembang maju dan produk keluarannya semakin popular termasuk di Singapura, Indonesia dan Thailand.

Kini syarikat miliknya, Yusuf Taiyoob Sdn Bhd menjadi pembekal terbesar pelbagai jenis kurma dan produk mentah makanan kering serta basah dari luar negara untuk pasaran di Malaysia dengan kira-kira 3,000 rangkaian pengedar di seluruh negara.

 
 

#USAHAWAN 3 : FAIZA BAWUMI SAYED AHMAD (TEGAS)


          CIRI USAHAWAN   : DECISIVE (TEGAS)
USAHAWAN          : FAIZA BAWUMI SAYED AHMAD

 

Nama beliau ialah Faiza Bawumi Sayed Ahmad dan berasal dari Mesir. Beliau lahir pada tahun 1952. Beliau mula berhijrah ke Malaysia pada tahun 1964 kerana mengikuti suaminya dan mempunyai tujuh cahaya mata. Beliau pernah menjadi juruwang di kedai ayahnya dan pengalaman tersebut mendorong beliau untuk berkecimpung dalam bidang perniagaan. Beliau telah melanjutkan pelajarannya dalam bidang jahitan. Selepas berkahwin, beliau telah mencuba beberapa perniagaan antaranya ialah mengambil upah menjahit sulaman, menjual barangan dapur, menjual set ensiklopedia, menjual pinggan mangkuk, menghasilkan rempah kari dan akhirnya terlibat dalam perniagaan beras. Kini, beliau merupakan pemilik syarikat pemborong beras Syarikat Faiza Sdn Bhd dan memegang jawatan sebagai Pengarah Urusan.

 
DECISIVE (TEGAS)
 
Faiza Bawumi Sayed Ahmad memiliki perwatakan yang lembut tetapi beliau seorang yang tegas. Beliau sentiasa memastikan syarikat beliau sentiasa berada di landasan yang betul dan menetapkan matlamat untuk mendapatkan keuntungan pada setiap tahun. Beliau seorang yang aktif kerana beliau akan mengisi setiap waktu terluangnya dengan aktiviti. Setelah berhijrah ke Malaysia, beliau mengambil upahan menjahit pakaian sebelum menghasilkan rempah di bawah jenama Paya Bunga.

 Beliau mula membuka perniagaan memborong beras apabila beliau mendapati kebanyakan jenis beras dibekalkan oleh kaum lain. Beliau bersungguh-sungguh untuk mendapatkan lesen pemborong beras kerana wawasannya ialah ingin penduduk Islam mendapatkan beras yang bermutu tinggi dan halal tanpa was-was. Beliau memberi pelanggan-pelanggannya merasai beras tersebut supaya dapat maklum balas yang positif. Kini, produk beliau dikenali kerana produk yang seratus peratus buatan Islam dan sememangnya halal dan berkualiti tinggi. Faiza Bawumi berazam untuk menjadi seorang pembayar zakat yang paling besar di Malaysia kerana ingin menolong orang yang tidak berkemampuan dengan usaha beliau yang gigih. Beliau seorang yang tegas dengan pekerja-pekerjanya bagi menjalankan perniagaan dengan berjaya.
 

#USAHAWAN 2 : YBHG. DATO’ HAJI AMEER ALI BIN MYDIN (KECEKAPAN MASA)


           CIRI USAHAWAN : TIME COMPETENCE (KECEKAPAN MASA)
USAHAWAN         : YBHG. DATO’ HAJI AMEER ALI BIN MYDIN

 

 
Nama diberi ialah YBhg. Dato’ Haji Ameer Ali Bin Mydin. Beliau dilahirkan pada 4 Jun 1956 di Kota Bharu, Kelantan. Beliau merupakan anak kedua Mydin Mohamed Bin Ghulam Hussein. Beliau juga telah dianugerahkan pelbagai anugerah, contohnya Anugerah Kepimpinan Tanggungjawab Sosial Korporat 2012 oleh Pertubuhan Usahawan Muda Malaysia. Beliau melanjutkan pengajiannya di Universiti Sonoma State, California dalam bidang Sarjana Perniagaan Antarabangsa. Selepas itu, beliau pernah berkerja di Arab Malaysian Merchant Bank sebelum mengambil alih perniagaan keluarganya. Beliau merupakan salah seorang anak didik Tan Sri Azman Bin Hashim iaitu pengerusi Ambank Group. Kini, beliau menjawat sebagai Pengarah Urusan di Mydin Mohamed Holding Bhd.


TIME COMPETENCE (KECEKAPAN MASA)
 
Dato’ Haji Ameer Ali seorang yang sangat mementingkan kecekapan masa. Itu adalah salah satu ciri-ciri yang ada pada dirinya yang dibawa sehingga berjaya. Beliau telah mengambil alih perniagaan keluarganya iaitu Mydin Mohamed Holding Berhad yang ditubuhkan oleh ayahnya, Mydin Mohamed Bin Ghulam Hussein. Kecekapan masa menjadi prinsip utama bagi pekerja-pekerjanya, contohnya “Jika anda tiba tepat pada waktunya, anda adalah lewat”. Beliau sentiasa mengisi masanya dengan aktiviti supaya tiada pembaziran masa. Contohnya beliau akan menolong ayahnya di kedai selepas balik sekolah.

Setelah Dato’ Haji Ameer Ali menyertai perniagaan ayahnya, Mydin berkembang dengan lebih pesat di Semanjung Malaysia sehingga kini mempunyai lebih daripada 90 buah kedai termasuk pasaraya dan emporium. Beliau telah melancarkan program Transformasi Kedai Runcit di mana program itu akan memodenkan kedai runcit tradisi. Beliau juga seorang yang berjimat cermat dan mengamalkan kesederhanaan. Beliau sentiasa memberi motivasi kepada pihak lain untuk berjaya dalam kehidupan kerana beliau tidak terus bekerja dengan perniagaan keluarganya tetapi beliau bekerja dan mengambil pengalaman dahulu di Arab Malaysian Merchant Bank, di mana beliau bermula daripada bawah untuk berjaya tanpa mengharapkan pertolongan orang lain.

 

#USAHAWAN 1 : DATO ALIFF SYUKRI KAMARZAMAN (INISIATIF)


            CIRI USAHAWAN : INITIATIVE (INISIATIF)
 USAHAWAN         : DATO ALIFF SYUKRI KAMARZAMAN


 
 

Nama beliau ialah Dato Aliff Syukri Kamarzaman. Beliau merupakan pengasas produk D’Herbs iaitu produk kosmetik yang semakin melonjak naik popularitinya dengan tagline “Terlajak Laris”. Beliau dilahirkan pada 3 April 1987 di Felda Kachau Kuala Lipis, Pahang. Beliau berpindah dan  bersekolah di Sekolah Kebangsaan Sungai Besar, Selangor. Kemudian beliau bersekolah di Sekolah Menengah Telok Gadong, Klang. Seterusnya beliau bersekolah di Sekolah Pondok Pasir Tumbuh Kelantan. Selepas itu , beliau melanjutkan pelajaran hingga tingkatan 5 di Sekolah Integrasi As-Syakirin, Shah Alam dan seterusnya menyambung di Taylor College. Hobi beliau ialah memasak dan menghias. Beliau sudah berkahwin dan mempunyai cahaya mata.

 

INITIATIVE (INISIATIF)

Dato Aliff Syukri Kamarzaman mempunyai azam yang kuat untuk berjaya dan beliau memotivasikan diri beliau dengan kata-kata seperti beliau ingin berjaya dan enggan duduk di kepompong yang sama sahaja. Beliau memulakan perniagaan secara kecil-kecilan sehinggalah sekarang sudah berkembang luas. Beliau mempunyai inisiatif untuk berjaya dengan melakukan pelbagai aktiviti untuk memulakan perniagaan.

Beliau memulakan perniagaan dengan memperkenalkan dan menjual kepada kawan-kawan di pejabat. Seterusnya, beliau membuka gerai secara kecil-kecilan di Pasar Tani pada setiap minggu. Beliau mengambil inisiatif untuk mencuba berniaga di tempat-tempat yang lain pula untuk mengembangkan lagi perniagaan beliau. Beliau bercadang untuk membuka kedai dengan memohon pinjaman dari pihak bank tetapi semua kertas kerja beliau tidak diterima malah beliau diherdik dan dimaki.

Namun Dato Aliff Syukri tidak pernah putus asa. Beliau mengambil insiatif dan tanggungjawab untuk menghubungi pelanggan-pelanggan setia beliau dan menerangkan satu persatu yang ada dalam kertas kerjanya untuk membuat satu jenama. Dengan penerangan yang cukup memberangsangkan dan dipercayai, beliau berjaya untuk menarik minat pelanggan-pelanggan tersebut dan mereka meminjamkan duit mereka sebagai pelaburan. Dari situ, perniagaan beliau berjaya dikembangkan dengan menggabungkan hasil yang dikumpul daripada perniagaan beliau di Pasar Seni. Kini atas hasil inisiatif beliau, D’Herbs sudah dikenali ramai bukan sahaja di Malaysia tetapi di Singapura dan Brunei.

 

TUGASAN 1


TAJUK TUGASAN 1 : TUJUH USAHAWAN DAN TUJUH CIRI KEUSAHAWANAN

Post-post seterusnya akan memperincikan setiap satu usahawan beserta satu ciri keusahawanan yang dimiliki oleh mereka. :)